Tuesday, June 1, 2010

Penapis Seramik Mengandungi TULANG BABI !!! - Bagaimana untuk Memeriksanya?

Ramai para pengguna Islam tidak menyedari tentang fakta bahan Seramik yang banyak digunakan di dalam kebanyakan alat sistem penapis air yang terdapat di pasaran.Bahan Seramik ini biasanya terdapat pada bahagian pertama mana-mana sistem penapis air.Ia berfungsi untuk menyaring bahan lumpur, lumut, mikro-organisma dan bahan-bahan cemar yang besar sebelum melalui proses penyaringan berikutnya.

Akan tetapi satu hakikat yang perlu disedari oleh kesemua pengguna Islam ialah banyak bahan Seramik yang ada di pasaran diperbuat dari bahan ‘Tulang Haiwan’ yang dihancurkan, diproses secara mampatan serta dibentuk seperti tiub untuk dipasang pada katrij sistem penapis air. Fakta kedua yang lebih menakutkan ialah ada juga bahan ini diperbuat dari tulang babi. Ramai juru jual sistem-sistem penapis air pun tak tahu tentang fakta ini.


Bagaimana Nak Mengenal bahan Seramik dari Tulang?





















Mudah, tetapi ianya perlu diperiksa sebelum sistem itu dipasang di rumah anda dan sebelum memasukkan air ke dalam system tersebut. Buka alat katrij Seramik tersebut dan gosok sedikit dengan jari anda. Jika anda lihat ada serbuk putih pada jari anda, bermakna ianya diperbuat dari Batu. Akan tetapi, jika ianya terasa agak licin & sukar untuk mengeluarkan serbuk padanya, maka kemungkinan besar ianya adalah diperbuat dari Tulang. Bahan tulang ini efektif, murah & mudah didapati di dalam pasaran. Oleh yang demikian, banyak syarikat pengeluar alat penapis air ini menggunakannya.

Cubalah renungkan, hampir 90% alat penapis air di pasaran negara kita adalah diimport terutamanya dari negara-negara Timur seperti Taiwan, Jepun & Korea. Malah produk bahan penapis yang datang dari negara2 Barat pun menggunakan bahan-bahannya yang diproses di China & Taiwan.

Jadi, dengan ini perlulah kita berhati-hati dan pandai memilih produk yang bersih dan Halal.

Sumber dari :  campursaja.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...